Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Mudah & Cepat – Perbaharui Permit Pekerja Anda Tanpa Gangguan

Perkhidmatan Kami

Kami membantu majikan di Malaysia untuk memperbaharui permit pekerja asing selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tamat tempoh bagi memastikan operasi perniagaan berjalanan lancar dan mematuhi undang-undang di Malaysia.

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan

Kami menguruskan segala-galanya supaya anda boleh menumpukan pada mengembangkan perniagaan anda:

Semakan Tarikh Tamat Permit

Kami akan memantau tarikh tamat permit pekerja anda supaya pembaharuan dibuat tepat pada masanya dan elak denda diatas kelewatan.

Penyediaan Dokumen

Kami sediakan semua borang dan dokumen dengan lengkap dan mengikut piawaian kerajaan.

Pendaftaran FOMEMA

Kami akan membantu majikan untuk mendaftar FOMEMA lebih awal untuk mengelakkan kelewatan keputusan perubatan dan majikan akan mempunyai masa yang cukup sekiranya perlu membuat rayuan untuk keputusan yang tidak layak.

Bayaran Levi & Insurans

Kami bantu urus bayaran levi dan insurans wajib untuk pekerja asing.

Kelulusan Imigresen

Kami urus proses serahan kepada jabatan kerajaan dengan cepat dan cekap.

Pengeluaran Permit Baharu

Kami pastikan pekerja anda menerima dokumen sah yang telah dikemas kini.

Kami Menyediakan Pekerja untuk Semua Industri

Jika industri anda tiada dalam senarai, anda boleh bertanya kepada kami untuk mendapatkan butiran lanjut. Kami boleh mencarinya untuk anda.

Kenapa Pilih Kami?

Tiada risiko permit tamat tempoh

Kami memantau dan mengingatkan anda tentang tarikh pembaharuan.

Proses cepat & efisien

Urusan lengkap tanpa kesulitan.

Pematuhan undang-undang dijamin

Semua proses mengikut peraturan Imigresen Malaysia.

FAQ

Ya boleh, kami akan bantu untuk memohon Pas Khas di Imigresen.

Tempoh sah laku pasport tidak kurang dari 1 tahun dan lulus ujian kesihatan FOMEMA. Semua urusan pembaharuan
permit haruslah dilakukan dalam tempoh 3 bulan sebelum permit tamat tempoh.

Kami akan bantu anda untuk serahkan dokumen di imigresen bagi mendapatkan memo. Selepas itu, kami akan
menghantar memo tersebut ke Bahagian Keselamatan untuk siasatan. Sebaik sahaja siasatan lengkap dilakukan, surat
Semakan Senarai SYAK Imigresen akan dikeluarkan.

Ya, kami akan menghantar peringatan kepada semua klien kami seawal 4 bulan sebelum permit tamat tempoh.

Pertama sekali harus beli tiket penerbangan pulang balik, kemudian majikan harus mengeluarkan satu surat kepada imigresen untuk memberitahu pekerja akan kembali bercuti di kampung.

Tidak boleh, pekerja asing yang telah bekerja di Malaysia selama 13 tahun, sistem pembaharuan imigresen tidak lagi boleh diakses oleh majikan mahupun pekerja.

Jangan Tunggu Sehingga Terlambat!

Hubungi kami untuk pembaharuan permit pekerja anda hari ini.

    Terima kasih! Mesej anda telah dihantar.

      Terima kasih! Mesej anda telah dihantar.

      Perkhidmatan Berkaitan

      Lihat perkhidmatan kami yang lain untuk menyelaraskan proses pengambilan anda