- Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK)
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK)
Meregularisasikan Pekerja Tanpa Dokumen – Perniagaan Patuh Undang-Undang & Elak Denda
Perkhidmatan Kami
Kami bantu syarikat menghalalkan pekerja asing tanpa dokumen melalui program RTK yang diluluskan oleh kerajaan. Ini membantu anda patuh undang-undang dan elak risiko denda atau penghantaran pulang.
Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan
Kami menguruskan segala-galanya supaya anda boleh menumpukan pada mengembangkan perniagaan anda:
Pemeriksaan Latar Belakang Pekerja
Pemeriksaan sekiranya pekerja tersebut mempunyai rekod senarai hitam dan tempoh sah laku pasport pekerja tidak kurang daripada 18 bulan.
Mengumpul Dokumen
Kami akan mengumpul semua dokumen yang diperlukan daripada majikan.
Pendaftaran Slip RTK
Setelah semua dokumen telah dikumpul kami akan daftarkan untuk mendapatkan slip RTK.
Temujanji untuk Cap Jari Pekerja
Sebaik sahaja Slip RTK diterima, kami akan buat temujanji dengan imigresen untuk daftar cap jari.
Bawa Pekerja Ke Imigresen untuk Cap Jari
Kami akan membawa pekerja tersebut ke imigresen pada tarikh yang telah ditetapkan.
Mendapatkan Kuota
Dokumen yang diperlukan akan diserahkan untuk mendapatkan kuota.
FOMEMA & SOCSO
Pendaftaran FOMEMA dan SOCSO untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membolehkan pekerja mendapatkan permit kerja.
Membayar Kompaun dan Levi
Sebaik sahaja Kuota telah diluluskan, perlu bayar kompaun dan levi yang dikenakan.
Permit Bekerja
Jika semua bayaran telah dijelaskan, barulah kami akan mengambil permit bekerja untuk pekerja tersebut.
Kami Menyediakan Pekerja untuk Semua Industri







Jika industri anda tiada dalam senarai, anda boleh bertanya kepada kami untuk mendapatkan butiran lanjut. Kami boleh mencarinya untuk anda.
Kenapa Pilih Kami?

Mengurangkan risiko denda & deportasi
Pastikan pekerja anda sah di sisi undang-undang.

Proses mengikut SOP kerajaan
Kami memastikan kelulusan lancar tanpa risiko.

Kepakaran dalam pemutihan pekerja
Berpengalaman dalam mengurus pekerja tanpa dokumen.
FAQ
RTK adalah singkatan daripada (Rekalibrasi Tenaga Pekerja), sebuah program pemutihan pekerja asing
tanpa izin (JAMINAN) bagi membolehkan majikan mengambil mereka bekerja secara sah di negara ini.
Pertama sekali, pekerja tersebut harus mendaftar untuk mendapatkan slip RTK untuk membuat laporan polis
kerana pihak kedutaan perlu mengetahui bagaimana pasport tersebut hilang. Setelah itu, barulah pekerja
tersebut boleh memohon pasport baru di kedutaan negara asal mereka.
Ya boleh, tapi mereka perlu melepaskan status UNHCR dan mendapatkan pasport di kedutaan negara asal
mereka untuk memohon Program RTK.
Anda boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Berdasarkan RTK 2.0, pekerja yang berumur 45 tahun ke atas masih lagi boleh memohon RTK.
Jangan Tunggu Sehingga Disaman!
Hubungi kami sekarang untuk pemutihan pekerja asing anda melalui RTK.
Perkhidmatan Berkaitan
Lihat perkhidmatan kami yang lain untuk menyelaraskan proses pengambilan anda