Permohonan Pekerja Asing Baharu

  • Permohonan Pekerja Asing Baharu

Pemohonan Pekerja Asing Baharu

Mudah, Cepat & Sah – Dapatkan Pekerja Asing untuk Perniagaan Anda

Perkhidmatan Kami

Kami membantu syarikat mendapatkan tenaga kerja asing yang sah, memastikan semua proses dokumentasi, kelulusan, dan penempatan pekerja berjalan lancar mengikut undang-undang Malaysia. Dengan pengalaman bertahun-tahun, kami memudahkan proses ini supaya anda boleh fokus pada perniagaan anda.

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan

Kami menguruskan segala-galanya supaya anda boleh menumpukan pada mengembangkan perniagaan anda:

Pengiklanan di MyFutureJob

Agensi perlu mengiklankan jawatan kosong di MyFutureJobs untuk memastikan tiada pekerja tempatan yang berminat. Permohonan pekerja asing hanya boleh diteruskan sekiranya tiada pekerja tempatan yang memohon di MyFutureJob untuk pekerjaan tersebut.

Kelulusan Awal (Seksyen 60k)

Sebaik sahaja dokumen lengkap diterima, kami akan memohon kelulusan awal (Seksyen 60k) daripada JTK.

Quota dari KDN

Semua dokumen yang diperlukan akan diserahkan untuk mendapatkan kelulusan awal (Seksyen 60) yang melibatkan temuduga di Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan quota.

Pemilihan Biodata

Pemilihan biodata berdasarkan negara asal pekerja asing dan kemahiran yang diperlukan.

Visa Dengan Rujukan

Biodata yang telah dipilih akan dihantar untuk memohon visa dengan rujukan.

Pengesahan Dari Kedutaan

Dokumen akan diserahkan kepada kedutaan untuk pengesahan kelulusan.

Tiket Penerbangan

Ketibaan di Malaysia.

FOMEMA

Pendaftaran FOMEMA untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membolehkan pekerja mendapatkan permit kerja.

E-Visa daripada Negara Asal

Setelah pengesahan diluluskan, kami akan menghantar fail tersebut ke negara asal untuk mendapatkan e-Visa.

Kami Menyediakan Pekerja untuk Semua Industri

Jika industri anda tiada dalam senarai, anda boleh bertanya kepada kami untuk mendapatkan butiran lanjut. Kami boleh mencarinya untuk anda.

Kenapa Pilih Kami?

Berlesen & Sah

Kami mempunyai Lesen C daripada JTK Sabah dan kelulusan rasmi untuk pengambilan pekerja asing.

Proses Cepat & Telus

Urusan dokumentasi dan kelulusan tanpa kelewatan.

Pengambilan Pekerja yang Dipercayai

Saringan ketat untuk memastikan pekerja berkualiti tinggi.

FAQ

Pekerja asing yang kami bekalkan berasal daripada negara India, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Nepal
dan Indonesia.

Anda boleh mendaftar dengan kami terlebih dahulu untuk memastikan semua dokumentasi telah lengkap
atau pun anda juga boleh memilih untuk menggunakan pekerja tempatan dari Sabah & Sarawak.

Sudah tentu boleh. Kami juga menyediakan konsultasi secara percuma sekiranya anda tidak pasti pekerja dari negara mana yang sesuai dengan perniagaan anda.

Biasanya permohonan baharu pekerja asing akan melibatkan banyak dokumen, tapi jangan risau kami akan bagi senarai semak dan bantu anda sepanjang proses berkenaan.

Semua pekerja asing yang diambil bekerja adalah dibawah syarikat anda.

Tidak boleh, kami akan cadangkan untuk mengambil pekerja tempatan terlebih dahulu.

Dapatkan Tenaga Kerja Anda Hari Ini!

Isi borang pertanyaan sekarang dan kami akan hubungi anda untuk maklumat lanjut!

    Terima kasih! Mesej anda telah dihantar.

      Terima kasih! Mesej anda telah dihantar.

      Perkhidmatan Berkaitan

      Lihat perkhidmatan kami yang lain untuk menyelaraskan proses pengambilan anda